TAMBAH AKAUN TRADING





Setelah membuat pendaftaran, biasanya secara default, akaun jenis ECN adalah akaun yang telah tersedia ada. Di LiteFinance, ada juga akaun jenis Classic. Biasanya, untuk sertai copytrade EA Bawangfx, saya sarankan pelanggan menggunakan akaun jenis Classic.

Cara untuk tambahkan akaun trading dalam profile anda, anda perlu login kembali ke profile anda yang anda telah daftar tadi.



Lihat menu pada sebelah kiri dalam profile anda.
Dan klik pada "Metatrader"



Kemudian, sila skrol hingga ke bawah. Anda akan nampak butang "Open Account". Dan klik butang tersebut.




Ada beberapa pilihan pada Account Type. Sila pilih "MT4 Classic"
Leverage sila pilih "1:500"
Currency adalah "USD"

Kemudian, klik butang "Open Trading Account"

Setelah butang di klik, anda biasanya akan terima emel mengenai maklumat akaun trading yang baru anda buat. Simpan emel tersebut untuk rujukan anda nanti.




Dan akaun yang baru anda buat tadi, akan disenarai bawah "Trading account" (1). Jika belum tersenarai, sila refresh page anda beberapa kali.

Jika sudah tersenarai, pada akaun yang baru anda cipta tadi, sila klik "Turn into main" (2). Tujuannya, untuk set kan akaun tadi sebagai akaun utama anda di profile. Untuk kemudahan anda nanti.

Anda juga boleh klik pada "Setting" (3), untuk anda menukar trader password anda untuk senang diingati. Jika anda tak mahu tukar, trader password anda adalah seperti yang anda terima di emel anda tadi. Trader password adalah password yang anda gunakan untuk login pada terminal metatrader anda. Ia untuk membolehkan anda melakukan trading.